Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, July 23, 2011

Sayangi kesihatan dan diri sendiri.

Selamat malam semua.


Apa khabar? Saya baru saja balik dari sebuah ceramah kesihatan dan banyak ilmu serta pengajaran yang saya perolehi dari sana.


Kesihatan adalah segala-galanya! Mengatasi wang ringgit! Sebab wang ringgit takkan dapat mengadakan kesihatan tetapi dengan kesihatan yang baik sudah tentu kita dapat menghasilkan wang ringgit bukan?


So, satu pesan saya, jagalah diri anda masing-masing dan ingatlah akan kesihatan diri, lebihkan makan sayur sayuran dan buah buahan serta cuba untuk kurangkan makan daging dan makanan manis, kalau boleh kurangkan perlahan -lahan dan sekiranya mampu boleh terus ditinggalkan saja memakan daging dan manakanan manis @ junk food.


Tidurlah dengan tenang dan damai malam ini, jangan lupa untuk berdoa padaNya agar sentiasa menjaga kita, ibu-bapa kita, adik beradik kita, kawan-kawan di mana pun berada saat ini, serta siapa saja yang memerlukan bantuan kudusMu Bapa...semoga dalam keikhlasan doa kita meminta sesuatu yang kudus dan suci akan membuahkan hasil. Amen.

Monday, June 13, 2011

Siapa nak design ebook yang cantik?

Selamat petang semua..dah berabuk blog ni..he..he..lama tak buka.

Oh ya, nak tanya sikit je ni..ada siapa-siapa nak software buat ebook cover tak? bukan setakat ebook je..boleh buat dvd, cd cover pun boleh..box cover pun boleh..software ni namanya Box Shot 3D..cuba check kat laman web ni..http://www.boxshot3d.com/

Cuba anda try klik untuk buy..ha..berapa harganya? Tak mahal kalau orang putih nun..hanya 80 USD je..alias RM 243.65..

So bandingkan harga itu dengan harga yang ditwarkan melalui blog saya ini..hanya RM 20 je..so siapa nak, sila komen di bawah atau sms ke 019-5346992..jangan call..mana tahu time tu sedang busy ke..sms je okay..jangan lupa beritahu nama dan tujuan sms..he.he..

Okaylah..nak lihat hasil-hasil dan apa yang software box shot 3d ni boleh buat..jom tengok di bawah ni. 


 
Ketiga-tiga design ini dihasilkan melalui kepakaran microsoft office plus software box shot 3d. Ilustrasi dilukis menggunakan microsoft power point sepenuhnya, manakala penghasilan cover + pencantuman adalah dengan software box shot 3d..macamana..lawa tak?

Saturday, May 21, 2011

Busou Renkin On Animax?

Selamat malam semua. Malam ni nak share something dengan para pembaca blog usang ni (usang sebab jarang berupdate..he..he..)

Anda peminat setia ANIMAX? Kenal dengan Ichigo? Bleach? Samurai X?

Jika ya, sememangnya anda peminat ANIMAX!

Busou Renkin merupakan salah satu rancangan Animax yang hangat sekarang ni..memang minat Busou Renkin ni. Ada sesiapa yang tahu nak download full episode Busou Renkin ni tak?



Sekadar hiasan dan nak share favourite anime hangat masa kini..i wish i had that Kagugane..he..he..

p/s- Hiduplah di dunia nyata..sekiranya mati ditikam dan jantung anda berlubang, jangankan kagugane, power of alchemistry pun takkan mampu membawa anda hidup semula seperti sediakala..peace..

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu @ Happy Mother's Day

Hai, semua, selamat pagi. Apa khabar anda semua di pagi hujung minggu ini? Harap sihat sihat hendaknya.
Pasti semua orang dah tahu hari apa hari ni bukan? 8 Mei 2011 sekali lagi mencatatkan hari penting dalam hidup ini, hari ini adalah Hari Ibu @ Mother's Day.

Sekiranya kita masih ada ibu, hari ini adalah hari yang sangat-sangat penting bagi kita menunjukkan penghargaan buat ibu kita, minta maaf dan ampunlah, hantarlah surat atau email atau sekurang-kurangnya telefonlah ibu anda sekiranya anda jauh di sana.

Pada yang mampu, buatlah majlis untuk ibu anda. Buat semua ibu-ibu di dunia, saya ucapkan SELAMAT HARI IBU! Semoga bahagia selalu. Juga para blogger yang bergelar ibu ataupun para pambaca dan tidak kira siapa anda, asalkan anda seorang ibu, berbahagialah, hari ini adalah hari memperingati semua jasa-jasamu OH IBU, biarpun diri ini tahu bahawa kasih sayang dan bakti seorang ibu, sehingga ke mati pun seorang anak tak akan mampu membalasnya.

Andaikan ibu anda telah tiada, berdoalah untuknya agar aman bersama dengan Yang Maha Kuasa.

p/s- Baru saja sambut Mother's Day bersama dengan my beloved mum..muaaahh..I LOVE YOU MOM..

p/s- Sorry, entri lewat malam dah..he..he..
Related Posts with Thumbnails